Artikel ini akan menerangkan tentang cara jana pendapatan online tanpa modal yang anda boleh ikuti.
Anda baru sahaja diberhentikan kerja disebabkan oleh kekangan yang syarikat anda terpaksa hadapi pada masa pandemik Covid-19 melanda Malaysia? Saya amat bersimpati dengan situasi anda sekiranya anda dibuang kerja pada zaman yang amat mencabar ini. Jadi apakah cara jana pendapatan online tanpa modal yang boleh anda lakukan pada zaman ini?
Berita baiknya adalah anda sedang berada dalam zaman di mana teknologi sedang berkembang dengan pesat dan kebanyakan urusan boleh dilakukan hanya di hujung jari anda. Perniagaan online merupakan satu platform yang boleh menjana pendapatan untuk anda dan keluarga anda. Artikel ini akan membincangkan tentang perkara ini supaya anda dapat membuat keputusan berkenaan cara yang sesuai untuk anda jana pendapatan online.
1. Cara Jana Pendapatan Online Melalui Blog

Tidak banyak orang tahu bahawa blogger sebenarnya bukan sahaja membincangkan tentang topik-topik yang menarik seperti hobi dan minat si penulis blogger. Malah blogger akan dapat menjana pendapatan online secara mudah dalam matawang dollar. Anda boleh mencipta akaun blog secara percuma dan anda boleh menjana pendapatan yang boleh mencecah 100-200$ dollar setiap bulan tanpa perlu menjual, mahupun mempromosikan apa-apa produk sekalipun. Apa yang anda hanya perlu lakukan ialah menulis perkara yang menarik perhatian para pembaca untuk melawati laman blog anda. Dari situ anda sudahpun mempunyai peluang untuk menjana pendapatan anda. Seperti yang saya beritahu anda, tiada modal diperlukan untuk anda menjana pendapatan anda.
Anda hanya perlu kongsikan minat anda atau apa-apa topik yang dapat menarik perhatian para pembaca. Sekiranya minat anda adalah berkenaan musik, anda boleh tuliskan artikel berkenaan genre musik, penyanyi, atau gosip berkenaan penyanyi terkenal. Jika hobi anda melibatkan pelancongan, anda boleh kongsi pengalaman anda melancong ke tempat-tempat yang menarik sekitar Malaysia mahupun luar negara. Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah sekiranya topik dan penulisan anda dapat menarik banyak pembaca, anda sudahpun boleh bermula untuk menjana pendapatan tanpa mengeluarkan sebarang modal.
Pernahkah anda mendengar platform Google Adsense? Jika anda tidak pernah mendengar tentang platform ini, anda perlu ambil tahu sekarang. Misalnya, anda telahpun menulis blog berkenaan fotografi dan semakin banyak pembaca melayari laman web anda. Google akan mengesan setiap carian yang berkenaan fotografi dan akan memberikan pengguna enjin carian Google senarai laman web yang menggunakan kata kunci (keyword) fotografi. Sekiranya trafik blog anda tinggi, Google akan menyenaraikan blog anda di halaman pertama hasil carian berkenaan fotografi. Inilah peluang anda untuk menggunakan rangkaian iklan dari Google seperti Google Adsense. Google Adsense akan meletakkan iklan yang mempunyai kaitan dengan topik yang anda tulis di blog anda. Setiap kali para pembaca melayari laman web anda dan menekan link iklan yang ada di laman web anda, anda sudahpun dapat menjana wang dari situ. Anda hanya akan mendapat bayaran daripada Google Adsense apabila mereka klik pada iklan tersebut kerana kebanyakan iklan adalah Pay Per Click (PPC).
2. Jana Pendapatan Online Melalui Bitcoin

Sebahagian besar dari rakan-rakan anda mesti sudahpun melaburkan sebahagian dari wang mereka di Bitcoin. Tapi, bagaimanakah anda ingin bermula untuk berdagang dalam Bitcoin? Jangan risau kerana dengan wujudnya Bitcoin CFD, anda boleh berdagang tanpa sebarang modal. Bitcoin CFD adalah kontrak yang memperoleh keuntungan dengan memperdagangkan turun naik harga Bitcoin di pasaran.
Terdapat pelbagai platform yang ditawarkan untuk anda melabur dalam Bitcoin seperti aplikasi OctaFX, Luno, Huobi, dan lain-lain lagi. Anda disarankan untuk mendapat referral daripada rakan anda yang sudahpun berdagang di salah satu platform ini kerana pada kebiasaannya anda akan mendapat wang percuma untuk anda memulakan pelaburan anda. Anda juga boleh memasukkan sedikit wang dari wang simpanan anda untuk melabur kerana sekiranya margin modal anda amatlah sedikit. Ianya akan mengambil masa yang agak lama untuk anda mendapat keuntungan yang besar. Namun, anda perlu mempelajari teknik-teknik trading yang betul supaya anda dapat berlabur di dalam perdagangan cryptocurrency.
3. Jana Pendapatan Online Melalui Forex Trading

Perdagangan forex moden telah dimulakan pada tahun 1973. Perdagangan forex melibatkan urusan perdagangan pertukaran matawang asing. Ini bermaksud anda menjual beli tukaran matawang asing. Sebagai contoh, apabila anda membeli matawang USD pada waktu pagi dengan harga yang rendah dan kemudiannya menjual nilai tersebut apabila harganya bertambah, maka anda akan mendapat keuntungan.
Dari situ, anda boleh mengulangi proses yang sama untuk menambahkan modal anda demi keuntungan yang lebih lumayan. Namun, seperti pelaburan Bitcoin, anda perlu pandai membaca graf dan mempunyai kebolehan untuk meramal sama ada harga matawang tersebut naik ataupun turun. Jika anda dapat menguasai ilmu berdagang melalui Forex, anda akan dapat memperolehi keuntungan yang sangat lumayan.
Demikian antara cara yang anda boleh cuba untuk anda menjana pendapatan online. Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan online melalui Forex dan anda sedang mencari platform yang memberikan ilmu trading forex dari guru yang berpengalaman, anda boleh hubungi saya di sini.