Artikel ini akan menerangkan tentang cara candlestick pattern Pdf yang anda boleh ikuti.
Tahukah anda bahawa pelaburan saham telah diwujudkan sejak lebih dari 400 tahun yang lalu? Berdasarkan daripada akhbar daripada Universiti Cambridge, pelaburan saham telah direkodkan pada tahun 1602 oleh Syarikat Hindi Timur Inggeris (SHTI) apabila. Mereka telah mengeluarkan kontrak untuk membolehkan pelabur untuk membeli syer saham mereka. Tujuan penjualan saham adalah untuk membolehkan syarikat tersebut untuk menambahkan dana atau modal untuk mereka menjalankan pelan mereka bagi pengembangan syarikat mereka.
Jadi, adakah anda baru sahaja ingin menceburi bidang pelaburan saham? Jika ya, anda masih memerlukan pelbagai ilmu yang anda perlu kuasai agar anda dapat berlabur dengan efektif dan sistematik demi mencapai keuntungan yang lumayan. Oleh yang demikian, perkara pertama yang anda perlu pelajari terlebih dahulu ialah berkenaan candlestick pattern. Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan candlestick pattern? Jangan risau kerana artikel ini akan membincangkan secara ringkas supaya anda dapat memahami dan menguasai corak ini.
Apa Itu Candlestick Pattern?
Dalam analisis teknikal kewangan, candlestick pattern merujuk kepada pergerakan harga yang dinyatakan di dalam graf yang dipanggil sebagai carta candlestick. Fungsi carta ini adalah untuk pelabur membuat ramalan berkenaan trend saham supaya pelabur dapat melabur ke syarikat yang sahamnya diramalkan akan bertambah. Di dalam graf candlestick, akan terdapat bar tunggal yang akan memainkan peranan untuk anda meramal pergerakan saham.
Di kebanyakan bar atau candle tunggal akan terdapat upper shadow iaitu garisan yang terdapat di atas real body bar tersebut, manakala lower shadow merujuk kepada garisan yang ada di bawah real body.Antara contoh bar atau candle tunggal yang terdapat di dalam graf candlestick adalah Doji, Hangman dan Hammer.
Doji melambangkan keseimbangan antara penawaran dan permintaan di mana tiada pemenang antara bull dan bear. Dalam situasi uptrend, bull telah menang dalam situasi tersebut kerana harga saham telah meningkat. Apabila corak di graf candlestick tidak dapat menentukan siapakah pemenangnya, ia dipanggil sebagai corak doji. Terdapat pelbagai jenis corak doji seperti Doji Star, Long Legged Doji dan Gravestone Doji.
The hangman candle merupakan satu lagi candle yang anda akan seringkali nampak di dalam graf candlestick. Ia dinamakan sebagai hangman kerana ia nampak seperti orang yang digantung dengan kakinya menjalar ke bawah. Candle ini akan berlaku selepas uptrend yang dipanjangkan. Stok saham tersebut mestilah berada di dalam sifat uptrend sebelum isyarat ini berlaku dan anda boleh nampak di carta graf tersebut. Lower shadow juga perlulah mempunyai panjang yang dua kali ganda daripada saiz real body. Upper shadow tidak akan kelihatan di candle tersebut.
Candlestick pattern hammer akan kelihatan selepas downtrend yang berterusan. Pada kebiasaannya di hari munculnya hammer candle, akan berlaku aktiviti jualan yang banyak dan selalunya pada permulaan loceng pembukaan stok. Namun, setelah hari tersebut berlalu, harga pasaran akan pulih dan ditutup pada nilai yang tidak berubah, kadangkala tinggi daripada nilai sebelumnya. Dalam kes ini, candlestick hammer pattern tersebut akan nampak seperti tukul yang terbalik. Stok saham tersebut mestilah berada di dalam sifat downtrend. Selain itu, candlestick pattern hammer akan terhasil apabila lower shadow mempunyai panjang yang dua kali ganda daripada saiz real body.
Secara amnya, bullish pattern merujuk kepada corak saham yang menggambarkan kenaikan harga, manakala bearish pattern merujuk kepada corak saham yang menggambarkan penurunan harga. Setiap corak candlestick ini berfungsi bergantung kepada konteks bar harga di sekelilingnya untuk meramal harga naik atau harga menurun. Corak-corak ini juga adalah bersifat peka masa. Corak ini hanya berfungsi di dalam had masa carta itu dikaji, sama ada dalam sehari, secara harian, mingguan atau bulanan. Seterusnya, potensi corak tersebut akan menurun secara mendadak selepas tiga atau lima bar apabila corak tersebut sudah lengkap. Oleh yang demikian, jika anda terlambat untuk mengesan corak-corak tersebut, anda mungkin akan terlepas peluang anda untuk membeli atau menjual saham.
Selain itu, prestasi saham juga terbahagi kepada dua, sama ada ianya akan menggambarkan perubahan arah dalam harga saham, ataupun arahnya akan berterusan mengikut corak kenaikan atau penurunan harga yang sama. Candlestick bar selalunya akan dilabelkan dalam warna hitam dan putih, atau hijau dan merah. Namun, adakah warna lilin tersebut membawa maksud tertentu? Jawapannya ialah ya, tetapi anda sendiri boleh melabelkan warna lilin tersebut untuk melambangkan kenaikan harga saham atau penurunan saham.
Demikian merupakan penerangan ringkas berkenaan asas candlestick pattern yang anda perlu tahu. Jika anda cuba mempelajari ilmu trading dengan hanya merujuk kepada candlestick pattern pdf yang disediakan di laman web, semestinya anda akan mempunyai pelbagai soalan yang memerlukan jawapan agar anda dapat lebih memahaminya dengan jelas. Sekiranya anda ingin belajar dengan lebih mendalam berkenaan ilmu trading yang bermanfaat untuk pelaburan saham anda, anda boleh menghubungi saya disini.