Artikel ini akan menerangkan tentang cara main saham Forex yang anda boleh ikuti.
Permainan saham merupakan satu cara untuk anda dapatkan pendapatan, namun sumber pendapatan ini hanya akan menjadi lumayan sekiranya anda tahu cara nak main saham forex dengan cara yang betul. Anda boleh melabur saham melalui banyak cara seperti melalui saham global, saham cryptocurrency, dan saham Forex.
Tanpa ilmu yang mencukupi berkenaan cara yang betul untuk main saham, ada kemungkinan besar bahawa anda akan mengalami kerugian yang banyak. Terdapat banyak pelabur saham baru yang ingin main saham forex, tetapi akhirnya mereka berputus asa kerana kerugian banyak yang berpunca daripada ilmu dan pengalaman yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan tentang 3 tips cara main saham forex yang anda perlu amalkan supaya anda dapat menjana pendapatan melalui saham forex.
1. Pengurusan Risiko dan Modal dalam Cara Nak Main Saham Forex
Pengurusan risiko dan modal saham anda merupakan satu aspek yang amat penting untuk anda jaga kerana modal anda merupakan amaun yang anda perlu pastikan ianya tidak terjejas apabila anda ingin melabur saham forex. Tanpa modal, mesti anda tidak boleh meneruskan pelaburan saham anda.
Oleh yang demikian, anda perlu tetapkan satu sistem yang berkesan. Sebagai contoh, anda boleh tetapkan hanya 2-4 peratus dari modal anda untuk setiap urusan perdagangan saham (Trade). Sekiranya anda hanya mempunyai modal sebanyak 200 Dollar (RM 840), anda boleh menggunakan hanya 2 peratus iaitu 4 Dollar (RM16.80) untuk setiap position yang anda letak di lot tersebut. Apabila amaun untung anda bertambah, dan hanya apabila anda berasa yakin dengan strategi trading anda, anda boleh meningkatkan ukuran perdagangan anda secara ansur-ansuran.
2. Cara Main Saham Forex Perlu Kesabaran
Permainan saham bukannya perkara yang mudah dan ianya memerlukan masa yang agak lama untuk membuahkan hasil yang lumayan. Sekiranya anda memulakan trading dengan modal yang rendah, anda perlu meningkatkan keuntungan anda secara perlahan dan berhati-hati. Oleh itu, anda perlu bersabar untuk memberikan masa untuk keuntungan anda meningkat sedikit demi sedikit.
Anda pernah dengar istilah Fear of Missing Out (FOMO)? Istilah ini diguna pakai apabila seorang pelabur saham membeli saham apabila kebanyakan orang yang lain mengambil keputusan untuk membeli saham. Ini adalah salah kerana kadang-kadang, pelabur saham tersebut tersilap membuat percaturan dan akhirnya anda dan pelabur-pelabur saham tersebut mengalami kerugian. Anda sepatutnya percaya dengan maklumat yang anda perolehi dari maklumat market yang anda perolehi dan mengikuti strategi tersebut supaya anda dapat meraih keuntungan dengan selamat.
Maklumat yang anda perolehi daripada kajian trade yang lepas serta nasihat yang anda perolehi dari guru anda dapat membantu anda untuk melabur dengan selamat dan dapat menjana keuntungan sedikit demi sedikit. Jangan risau kerana anda dapat gunakan keuntungan pelaburan saham anda untuk meningkatkan bilangan modal anda. Ingat, anda perlu bersabar dalam permainan saham forex ini.
3. Cara Main Forex Dengan Leverage
Leverage membolehkan seorang pelabur saham untuk membuka position yang lebih besar dengan hanya menggunakan modal yang kecil. Anda juga boleh meminjam amaun dari broker untuk membuka position yang lebih besar. Namun, walaupun anda mungkin mendapat lebih banyak modal dengan leverage, anda masih akan terdedah dengan risiko untuk hilang modal tersebut dengan sekaligus. Inilah yang para pelabur saham katakan bahawa leverage dikenali sebagai “Double Edge Sword” di mana akan ada risiko 50-50 untuk anda gandakan keuntungan anda ataupun anda mengalami kerugian yang banyak.
Hampir semua broker forex di dunia menawarkan leverage kepada para pelabur saham. Pada kebiasaannya broker tersebut akan mebuka position kecil dengan leverage rendah. Sebagai contoh, broker tersebut menawarkan leverage 1: 5. Ini akan memberi trader position x5 daripada modalnya untuk trade.
Demikian merupakan 3 tips cara main forex. Sekiranya anda mengamalkan cara main saham yang dinyatakan di atas, anda akan dapat mengaut keuntungan sedikit demi sedikit sehingga modal pelaburan anda menjadi lebih tinggi dan dapat menghasilkan keuntungan yang lebih banyak. Sekiranya anda masih tidak mempunyai guru dan ilmu yang mencukupi untuk melabur saham dengan konsisten, anda boleh dapatkan khidmat latihan ilmu-ilmu saham daripada guru saham yang bertauliah dan berpengalaman disini.