Artikel ini akan menerangkan tentang Kisah Kejayaan dan Kekayaan Elon Musk, kehidupan awal, Kejayaan PayPal dan SpaceX dan sempadan baru Tesla dan Dogecoin.
Sekiranya anda menggemari teknologi yang sangat moden atau berkecimpung dalam aktiviti perdagangan saham bitcoin, anda semestinya pernah mendengar nama Elon Musk yang sangat releven di dalam mata dunia.
Elon Musk paling dikenali sebagai individu yang sedang mencipta roket supaya kita boleh menghuni planet Marikh sebagai planet baru untuk meneruskan kehidupan kita. Berdasarkan artikel dari Time Magazine, Elon Musk dinobatkan sebagai 2021 Person Of the Year.
Namun, apakah perkara lain yang membuatkan individu ini menjadi begitu dikenali dan disegani oleh banyak orang di mata dunia dan sejauh manakah kekayaan Elon Musk yang kita tidak tahu? Artikel ini akan membincangkan tentang kisah kejayaan Elon Musk.
Kehidupan Awal Elon Musk
Anda mesti tidak menyangka bahawa Elon Musk dilahirkan di Afrika Selatan? Sebenarnya, bapanya merupakan warganegara Afrika Selatan, manakala ibunya pula berbangsa Kanada. Elon Musk dilahirkan di Pretoria, Afrika Selatan pada 28 Jun 1971.
Pada usia yang sangat muda iaitu 12 tahun, beliau telahpun mencipta sebuah permainan video dan menjualnya kepada majalah komputer dan meninggalkan Afrika Selatan setelah beliau mendapatkan pasport Kanada. Beliau berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mencari kekayaan dan peluang ekonomi yang lebih baik.
Kejayaan PayPal dan SpaceX
Beliau menuntut pelajaran di Queen’s University di Kingston, Ontario dan kemudiannya pindah ke University of Pennsylvania, Philadelphia untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dalam jurusan fizik dan ekonomi pada tahun 1997.
Kekayaan Elon Musk bukan sahaja dari segi kewangan kerana beliau mempunyai kekayaan dari segi cara pemikiran. Sebagai contoh, beliau pernah mendaftarkan dirinya ke Stanford University namun beliau meninggalkan universiti selepas dua hari pendaftaran kerana dia merasakan bahawa perkembangan teknologi internet mempunyai potensi yang lebih tinggi dalam segi perkembangan teknologi daripada ilmu fizik yang mungkin tidak dapat memberikan manfaat yang lebih banyak.
Beliau kemudiannya menubuhkan syarikat Zip2 yang berperanan untuk menawarkan khidmat peta dan direktori perniagaan kepada surat khabar dalam talian (online) dan menjual syarikatnya kepada pengilang komputer iaitu Compaq sebanyak $307 juta.
Selepas mengaut keuntungan sedemikian, beliau terus menggunakan kekayaan yang diperolehinya untuk menubuhkan syarikat PayPal yang menawarkan servis pemindahan wang dalam talian. Kemudian, syarikat ini dibeli oleh eBay pada tahun 2002 sebanyak $1.5 Bilion.
Beliau mempunyai kepercayaan yang tinggi bahawa umat manusia ditakdirkan untuk menghuni planet-planet yang lain, namun beliau tidak berpuas hati dengan kos pembuatan pelancar roket.
Melalui kekayaan Elon Musk, beliau menubuhkan syarikat Space Exploration Technologies (SpaceX) pada tahun 2002. Beliau mencipta roket Falcon 1, Falcon 9, dan Falcon Heavy yang menggunakan kos yang lebih murah dan mempunyai muatan berat yang lebih tinggi daripada pesaingnya.
Sempadan Baru: Tesla dan Dogecoin
Sebagai individu yang menggemari perkembangan dan revolusi teknologi, beliau sangat berminat dengan idea penggunaan kereta elektrik. Jadi, beliau menjadi salah seorang pengasas syarikat Tesla Motors (lebih dikenali sebagai Tesla), syarikat kereta elektrik yang kemudiannya menjadi pengilang kereta elektrik yang paling dikenali di serata dunia.
Pada tahun 2006, mereka telahpun memperkenalkan kereta pertama mereka iaitu Roadster, yang berupaya untuk pergi sejauh 394 Kilometer dalam satu caj. Mereka kemudiannya mencipta kereta jenis sedan dan kereta mewah dan menerima sambutan yang hangat oleh para pengguna kereta elektrik.
Beliau juga mempunyai pengaruh yang sangat tinggi di dalam media sosial. Pada mulanya, beliau hanya bergurau untuk menggunakan Dogecoin sebagai pilihan mata wang yang boleh digunakan dalam produk-produknya.
Namun, selepas beliau mengeluarkan kenyataan tersebut di dalam Twitter, Dogecoin yang hanya merupakan mata wang crypto jenaka yang dicipta oleh Billy Markus dan Jackson Palmer mendapat sambutan yang hangat oleh pelabur saham crypto. Pada hari ini, Dogecoin sudah mencapai nilai All-Time-High disebabkan oleh pengaruh Elon Musk.
Ternyata kekayaan Elon Musk mempunyai impak yang besar terhadap dunia. Rahsia kejayaannya juga adalah daripada pelaburan saham dalam lime buah syarikat seperti yang berikut:
- PayPal
- SpaceX
- DeepMind Technologies
- Tesla Motors
- The Boring Company
Apabila beliau mempunyai syer saham yang banyak di lima syarikat di atas, nilai syer tersebut akan meningkat apabila penilaian tahunan syarikat meningkat. Demikian merupakan cara yang paling mudah untuk dirinya meningkatkan pendapatannya. Sekiranya anda ingin mempelajari cara yang betul untuk melabur saham dan anda ingin mencari guru yang berpengalaman, anda boleh klik di link ini.