Kisah Kejayaan Menang Saham : Warren Buffet

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Artikel ini akan menerangkan tentang Kisah Kejayaan Menang Saham : Warren Buffet yang anda boleh ikuti.

Pelaburan merupakan salah satu cara untuk menjadi orang yang berjaya. Adakah anda tahu siapakah pelabur yang terkenal di mata dunia? Jika ya, anda mesti pernah dengar nama Warren Buffet di dalam dunia pelaburan. Namun, adakah anda tahu kisah di sebalik kejayaan menang sahamnya? Artikel ini akan membincangkan tentang kisah kejayaan menang sahamnya. Semoga anda mendapat inspirasi untuk menjadi berjaya sepertinya.

Warren Buffet merupakan ahli perniagaan yang berasal di Omaha, Nebraska dan merupakan CEO dan pemegang saham terbanyak untuk institusi Berkshire Hathaway. Beliau tersenarai di nombor enam individu terkaya di dunia berdasarkan artikel dari Forbes. Jumlah pendapatan beliau telah mencecah sebanyak 96 Billion Dollar! Banyak kan? Mari kita pelajari cara beliau menjana pendapatan melalui kisah kejayaan menang sahamnya.

 

Kehidupan Awal Warren Buffet

Beliau dilahirkan pada 30 Ogos 1930. Pada usianya yang muda, dia berminat dalam menjalankan perniagaan serta pelaburan. Oleh yang demikian, dia telahpun memulakan pelbagai jenis perniagaan pada usia mudanya. Majalah, gula-gula getah, dan botol tin Coca-Cola merupakan perniagaan kecil-kecilan yang dilakukannya untuk menjana pendapatan. Beliau juga telah menjual bola golf, surat khabar harian, serta stok saham.

Seterusnya pada tahun 1945 pada usia 15 tahun sahaja, dia telah mengambil keputusan bersama rakannya untuk membelanjakan $25 untuk membeli mesin pinball yang telah digunakan di arked. Beliau meletakkannya di kedai gunting rambut tempatan. Beberapa bulan selepas itu, beliau membeli lagi beberapa mesin arked dan diletakkan di tiga kedai gunting rambut yang lain di sekitar Omaha, kemudiannya dijualkan kepada seorang askar veteran yang bernilai $1200.

Apa yang membuatkan beliau berminat untuk melabur di stok saham ialah disebabkan oleh ayahnya iaitu Howard Buffet yang mempunyai firma pembrokeran. Pada usia 11 tahun, beliau telahpun membeli tiga stok Cities Services untuk dirinya. Kemudiannya, beliau mendapat inspirasi daripada buku yang berjudul “The Intelligent Investor” yang ditulis oleh Benjamin Graham. Pada masa beliau menghabiskan sisa kolejnya, beliau sudahpun mengumpul wang simpanan sebanyak $9800 hasil kejayaan menang sahamnya.

 
Kisah Kejayaan Karier Saham Warren Buffet

Permulaan Karier Saham

Pada tahun 1951-1954, beliau telah bekerja sebagai jurujual pelaburan di Buffet Falk & Co. Warren Buffet sentiasa mengagumi idolanya iaitu Benjamin Graham. Benjamin Graham merupakan pemilik syarikat Graham-Newman Corp yang sangat popular pada masa itu. Pada 1952, dia dapat mengetahui bahawa Graham merupakan salah satu daripada ahli lembaga GEICO Insurance. Oleh disebabkan kekaguman terhadap idolanya, dia telah menawarkan untuk bekerja dengannya secara percuma, tetapi Graham menolak tawarannya. Namun, pada 1954, beliau ditawarkan untuk bekerja dengan Graham sebagai penganalisa sekuritinya di Graham-Newman Corp dari tahun 1954-1956.

Malangnya, idolanya itu telahpun mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 1956. Pada tahun yang sama, Warren Buffet mengambil keputusan untuk memulakan perkongsian perniagaan dan berjaya menguruskan tiga perniagaan perkongsian. Namun, tempoh yang agak singkat itu sudah cukup untuk beliau menimba ilmu daripada idolanya. dari situ beliau berjaya mengenalpasti syarikat-syarikat yang mempunyai potensi yang tinggi tetapi kurang dinilai oleh pelabur saham yang lain. Keputusannya untuk melabur ke syarikat-syarikat tersebut membuatkan dirinya menjadi jutawan. Sebagai contoh, beliau telah melaburkan wangnya ke syarikat tekstil yang bernama Berkshire Hathaway. Beliau mula mengumpul stok saham syarikat tersebut pada awal tahun 1960-an dan pada tahun 1965, beliau telahpun berjaya menjadi pelabur saham utama untuk syarikat tersebut. Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk memberikan fokusnya kepada Berkshire Hathaway dan membubarkan perniagaan perkongsiannya yang lain.

Kisah Kejayaan Menang Saham Warren Buffet

Sebagai pemegang saham utama, beliau mengambil keputusan untuk melabur ke syarikat yang kininya menjadi syarikat yang ternama di dunia seperti Coca-Cola, Citigroup Global Markets Holdings, The Gillette Company, serta Graham Holdings Company. Beliau dilantik menjadi direktor untuk kesemua syarikat tersebut.

Demikian merupakan kisah kejayaan menang sahamnya yang dapat memberikan inspirasi untuk pelabur yang baru sahaja ingin memulakan jejak di dunia pelaburan. Sekiranya anda baru sahaja ingin menceburi bidang pelaburan dan ingin mendapatkan ilmu saham yang bermanfaat sepertimana Warren Buffet telah lakukan melalui idolanya iaitu Benjamin Graham, anda boleh mendapatkannya di sini.