Artikel ini akan membincangkan tentang pendapatan garis kemiskinan di Malaysia dan cara untuk keluar dari garis kemiskinan.
Kestabilan hidup adalah satu perkara yang amat dititikberatkan dalam kehidupan seseorang individu. Setiap negara mempunyai nilai pendapatan individu yang tertentu untuk menentukan sama ada individu tersebut tergolong dalam kategori stabil, kaya, ataupun miskin.
Begitu juga dengan pendapatan garis kemiskinan kerana setiap negara mempunyai keluaran kasar dalam negara (GDP) yang berbeza yang mempengaruhi nilai piawaian pendapatan garis kemiskinan.
Sebagai contoh, berdasarkan daripada kajian berkenaan pendapatan garis kemiskinan bagi penduduk Australia yang dijalankan oleh The Melbourne Institute of Applied Economic and Social Research pada Mac 2021 telah melaporkan bahawa pendapatan garis kemiskinan negara mereka adalah sebanyak 1091.50 AUD dalam tempoh seminggu bagi keluarga yang mempunyai dua orang dewasa dan dua orang anak. Mari kita selami dengan lebih dalam berkenaan topik ini.
Apa Itu Garis Kemiskinan?
Garis kemiskinan merujuk kepada nilai pendapatan yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara bagi pelbagai jenis unit pendapatan. Sekiranya pendapatan seseorang individu adalah lebih rendah daripada nilai garis kemiskinan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, maka individu tersebut tergolong dalam kumpulan miskin.
Sekiranya pendapatan bulanan anda mempunyai nilai yang lebih tinggi dari garis tersebut, maka anda akan dikategorikan sebagai golongan pendapatan stabil. Nilai garis kemiskinan akan jadi berbeza bergantung kepada kapasiti keluarga anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai banyak anak, maka semestinya kos sara hidup bulanan anda akan mencecah nilai yang lebih tinggi daripada purata kapasiti keluarga yang lebih rendah.
Oleh yang demikian, apabila kos sara hidup yang anda perlukan untuk menyara ahli keluarga anda adalah lebih tinggi daripada nilai pendapatan keluarga, maka anda boleh tergolong dalam kategori miskin kerana anda tidak mempunyai nilai simpanan yang mencukupi untuk menyara mereka.
Apakah Nilai Garis Kemiskinan di Malaysia?
Akhbar daripada Sinar Harian telah melaporkan kenyataan daripada pihak kerajaan Malaysia pada September 2021. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa semenjak tahun 2005 sehingga 2016, pendapatan garis kemiskinan negara adalah sebanyak RM980 sebulan sahaja.
Namun, selepas banyak kontroversi yang berlaku di Malaysia termasuk skandal 1MDB, kontroversi ini menyebabkan banyak pelabur di luar negara tidak lagi selesa untuk melabur di Malaysia.
Faktor ini secara tidak langsung menyebabkan negara kita mengalami kerugian yang besar dan mengurangkan kepesatan ekonomi di Malaysia. Tambahan pula dengan situasi di mana penularan wabak menjadi tidak terkawal di seluruh dunia, ekonomi dunia juga terkesan dengan amat teruk.
Perdana Menteri kita telah mengisytiharkan bahawa pendapatan garis kemiskinan pada tahun 2005 tidak lagi boleh diguna pakai sebagai rujukan, dan menggunakan nilai yang dikemaskinikan pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM2,208 sebulan.
Cara Untuk Keluar Dari Garis Kemiskinan
Zaman yang mencabar ini menyebabkan anda tidak lagi boleh mengharapkan pendapatan utama anda untuk menyara hidup, terutama sekali individu yang sudahpun membina rumahtangga sendiri.
Oleh yang demikian, anda memerlukan pendapatan sampingan yang boleh membantu anda untuk menjana pendapatan yang lebih. Namun, kekangan masa juga merupakan satu faktor yang perlu dititikberatkan kerana semua orang mempunyai waktu pekerjaan yang berbeza.
Sebagai contoh, individu yang bekerja sebagai cikgu sekolah hanya menggunakan 6-8 jam untuk menjalankan tugasnya untuk mengajar serta menilai kerja sekolah murid-murid mereka, manakala seorang pekerja kilang mengambil masa sebanyak 10-12 jam sehari di dalam kilang.
Tambahan pula, nilai gaji bulanan juga berbeza bergantung pada pangkat atau jenis pekerjaan tersebut. Sebagai contoh, cikgu sekolah mempunyai purata pendapatan bulanan sebanyak RM3000-4000 sebulan, manakala pekerja kilang akan menjana pendapatan purata sebanyak RM1500-3000 sebulan.
Jadi, apakah cara yang sesuai bagi individu yang tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjana pendapatan sampingan? Jangan risau, anda boleh belajar untuk melabur dalam dunia saham.
Namun, pelaburan saham hanya akan mengakibatkan kerugian sekiranya anda tidak mempunyai sebarang ilmu untuk melabur dengan betul. Sekiranya anda berminat untuk menceburi dunia saham, anda boleh belajar teknik saham terlebih dahulu daipada guru saham yang berpengalaman melalui link ini (link).