Artikel ini akan menerangkan tentang apa itu Pendapatan Pasif dan adakah mudah atau sukar untuk mendapat pendapatan pasif ini.
Zaman sekarang adalah amat mudah untuk anda menjana pendapatan. Namun, sekiranya anda lambat mengambil tindakan dan hanya mengharapkan pendapatan daripada pekerjaan utama sahaja, anda mungkin akan ketinggalan di dalam era permodenan ini. Jadi, anda perlu mencari pendapatan pasif.
Anda tidak perlu risau sama ada status kewangan anda sekarang mencukupi untuk memulakan penjanaan pendapatan pasif kerana semua orang boleh menjana pendapatan pasif, namun anda hanya perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang bagaimana untuk menambahkan amaun wang simpanan anda secara pasif. Jangan risau kerana artikel ini akan membincangkan tentang pendapatan pasif dan cara untuk mendapatkannya.
Apa Itu Pendapatan Pasif?
Pendapatan pasif merujuk kepada pendapatan yang diterima daripada sumber-sumber tertentu dalam tempoh yang ditetapkan. Ada pendapatan pasif yang diperolehi secara mingguan, bulanan, serta tahunan. Namun, apa yang penting tentang pendapatan pasif ialah selalunya anda boleh goyang kaki sambil menjana pendapatan.
Sebagai contoh, anda boleh lihat syarikat seperti kabel TV Astro. Prasana peralatan seperti syarikat ini hanya perlu memasang kabel televisyen mereka ke rumah anda, namun anda perlu membayar langganan bulanan supaya anda dapat meneruskan penggunaan servis mereka. Sekiranya anda merupakan pemilik syarikat Astro, maka anda sedang menjana pendapatan pasif yang berterusan pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, kita semua tahu bahawa anda bukan pemilik syarikat Astro. Jangan risau, ada cara yang kami boleh cadangkan untuk anda menjana pendapatan pasif secara berterusan.
Cara Jana Pendapatan Pasif
Anda perlu tahu bahawa sekiranya anda betul-betul inginkan pendapatan pasif, anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya salah satu perkara ini iaitu memiliki modal yang banyak ataupun masa dan tenaga yang banyak untuk merealisasikan impian anda. Namun, anda perlu tahu bahawa perkara ini bukannya boleh direalisasikan dalam sekelip mata. Oleh yang demikian, sekiranya anda bermula dari awal, maka anda boleh memperolehi keuntungan yang banyak pada masa yang akan datang dan anda boleh menggunakan cara-cara berikut:
1. Pelaburan Dalam Saham
Semestinya anda tidak menyangka bahawa pelaburan dalam saham dapat menjana pendapatan pasif. Secara teknikalnya, anda hanya akan boleh menjana pendapatan melalui saham sekiranya anda mempunyai ilmu yang mencukupi dan tahu cara untuk melabur dengan betul. Anda boleh melabur melalui pasaran Forex, Bitcoin, mahupun saham global.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda yang hanya mempunyai modal yang amat sedikit, modal yang anda keluarkan untuk tujuan pelaburan mungkin boleh hilang disebabkan oleh kerugian melabur di syarikat atau platform yang mempunyai nilai yang sangat tidak menentu. Namun, sekiranya anda melabur dengan nilai yang banyak dan anda mendapat keuntungan daripada pelaburan tersebut, maka keuntungan tersebut boleh ditukar sebagai modal tambahan anda untuk melabur dengan amaun yang lebih tinggi. Sekiranya semua berjalan dengan lancar, anda akan dapat menjana pendapatan pasif anda yang pertama.
2. Simpanan Wang Dalam Dana Berdividen
Sekiranya anda ingin memilih cara ini untuk menjana pendapatan pasif, maka cara ini merupakan cara yang paling mudah dan selamat kerana kebanyakan syarikat yang menawarkan simpanan wang dalam dana berdividen akan menyatakan kadar dividen tahunan antara 5% hingga 7%.
Namun, perkara yang tidak menyeronokkan bagi anda adalah dividen hanya akan diberikan sekali setiap tahun sahaja. Antara dana berdividen yang paling dikenali ramai adalah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Anda disarankan untuk melakukan penyelidikan terperinci terlebih dahulu sebelum anda ingin menyimpan wang anda ke dalam dana berdividen swasta supaya dana tersebut memenuhi keperluan dan sasaran kewangan anda.
3. Blog
Tidak banyak orang tahu bahawa blog dapat menjana pendapatan pasif. Namun, cara ini disarankan kepada individu yang mempunyai masa dan tenaga yang banyak tetapi tidak mempunyai modal kewangan untuk menjana pendapatan sampingan yang lain. Sekiranya anda mempunyai kemahiran yang unik atau hobi yang menarik, anda boleh memulakan blog sendiri.
Namun, anda harus konsisten untuk mengeluarkan kandungan yang menarik untuk para pembaca. Sekiranya blog anda sudahpun mempunyai pembaca yang banyak atau terdapat banyak orang yang klik ke blog anda setiap hari, maka anda boleh mula mendapatkan khidmat daripada Google AdSense untuk menyiarkan iklan yang mempunyai kaitan dengan kandungan blog anda. Sekiranya pembaca blog anda klik pada iklan tersebut, maka anda sudahpun menjana pendapatan.
4. Mencipta Produk Digital
Adakah anda sedang menggunakan aplikasi yang anda baru sahaja pasang di dalam telefon bimbit anda? Jika ya, anda sudahpun menjadi punca pendapatan untuk si pencipta aplikasi tersebut.
Sekiranya anda mempunyai ilmu yang banyak berkenaan pengaturcaraan perisian (software programming), maka anda perlu mengambil kesempatan ini untuk mencipta aplikasi sendiri yang mempunyai permintaan yang tinggi. Namun, anda perlu memerah otak untuk mendapatkan idea berkenaan perkara atau servis yang mempunyai permintaan yang tinggi. Akan tetapi, apabila anda sudahpun menjumpai idea tersebut dan ianya mendapat sambutan yang hangat, anda mungkin berpotensi untuk menjadi jutawan yang baru!
Menarik tak cara-cara jana pendapatan pasif di atas? Hampir kesemua cara di atas boleh dilakukan oleh anda. Namun, ianya bergantung pada pengetahuan atau status kewangan yang anda ada sekarang. Oleh itu, ilmu pengetahuan merupakan aset yang penting untuk jana pendapatan pasif. Sekiranya anda ingin berjinak-jinak ke dunia pelaburan saham forex atau saham global dan anda memerlukan guru yang berpengalaman, anda boleh sertai kelas saham ini.