Artikel ini akan membincangkan tentang apa yang anda perlu tahu berkenaan sejarah candlestick, serta impaknya terhadap matawang Jepun dan terhadap dunia pelaburan.
Anda baru ingin menimba ilmu berkenaan pelaburan saham dan anda tidak tahu di mana untuk bermula? Pertama sekali, mari kita kenali ilmu asas pelaburan saham iaitu berkenaan corak candlestick dan sejarahnya terlebih dahulu.
Sejarah Candlestick
Sekiranya anda tidak mengetahui tentang sejarahnya, corak candlestick ini sudah wujud sejak abad ke 17 lagi di jepun di mana pada masa itu matawang jepun baru diperkenalkan supaya matawang jepun dapat menggantikan sistem wang yang sangat rumit yang digunakan oleh pemerintah feudal pada zaman Edo.
Pada awalnya, matawang jepun tidak disambut dengan baik dengan para penduduk jepun kerana mereka lebih selesa menggunakan sistem wang yang lama. Namun, pihak pemerintah jepun mengeluarkan akta mata wang baru pada tahun 1871 supaya matawang jepun digunakan secara menyeluruh.
Namun, corak candlestick telah diwujudkan lebih awal lagi daripada matawang jepun. Ianya dimulakan di sekitar awal 1700-an oleh Munehisa Honma. Sebagai seorang peniaga beras pada waktu itu, beliau memahami tentang konsep penawaran dan permintaan dan bagaimana emosi dapat memainkan peranan dalam penetapan harga.
Melalui pengkajian emosi pemain pasaran pada zaman tersebut, beliau dapat mengagak apakah harga yang akan ditetapkan berdasarkan maklumat yang mereka perolehi. Ilmu candlestick ini kemudiannya dijaga dengan rapi supaya tidak dipelajari oleh warga bukan dari jepun.
Disebabkan oleh penjagaan ilmu candlestick yang rapi oleh warga jepun, mereka dapat meningkatkan ekonomi di jepun serta menaikkan nilai matawang jepun di persada dunia.
Namun, pada tahun 1980, terdapat pertembungan besar bank dan institusi kewangan di seluruh dunia. Jadi, pada masa ini terdapat beberapa penganalisa ekonomi dari negara barat yang tertarik dengan ilmu candlestick termasuklah Michael Feeny dari England.
Kenapakah Candlestick Menjadi Asas Utama Pelaburan?

Ianya satu soalan yang bagus. Adakah anda boleh berjaya dalam dunia pelaburan sekiranya anda langsung tidak mempelajari ilmu berkenaan corak candlestick? Jawapannya adalah tidak, kerana ianya merupakan asas utama pelaburan dan ianya mempunyai hasil yang terbukti berkesan disebabkan oleh perkara berikut:
1. Fleksibiliti Konsep Candlestick
Ilmu candlestick bukan hanya digunakan secara bersendirian kerana ilmu ini juga boleh digabungkan dengan analisa teknikal yang lain seperti Moving Average, Momentum Oscillators, Dow Theory dan Eliot Wave Theory untuk mendapatkan anggaran yang lebih tepat berkenaan harga naik turun saham.
2. Memahami Psikologi Manusia
Apabila anda menguasai ilmu candlestick, anda akan dapat memahami perubahan psikologi tingkah laku manusia berkenaan wang. Perubahan emosi yang dipengaruhi oleh rasa tamak, takut, serta harapan dapat mengubah corak pelaburan saham.
Sebagai contoh, anda boleh lihat bagaimana dengan hanya satu tweet daripada Elon Musk berkenaan dengan bitcoin dapat mengubah corak nilai pasaran saham cryptocurrency.
3. Memberikan Maklumat Tepat
Pengamal ilmu candlestick akan mengetahui kepentingannya kerana ia memberikan maklumat yang lebih penting berbanding Bar Chart dengan menggunak situasi ‘Win Win’ kerana kita dapat perasan tentang semua isyarat dagangan yang berlaku di pasaran.
4. Diguna Pakai Oleh Hampir Semua Pelabur Profesional
Tahukah anda bahawa hampir semua pelabur bertaraf profesional menggunakan ilmu candlestick untuk meramalkan nilai saham semasa? Ia digunakan oleh trader profesional, pihak bank, serta hedge fund di seluruh dunia.
Pelabur profesional yang mempunyai nilai modal yang sangat besar boleh mengubah corak harga pasaran dengan mudah. Oleh yang demikian, kita harus mengkaji corak candlestick supaya kita dapat tahu bilakah masa yang sesuai untuk membeli atau menjual nilai saham kita.
Sekarang anda sudah tahu kepentingan ilmu candlestick dalam dunia pelaburan saham. Jadi, tunggu apa lagi? Ketahui semua ilmu corak candlestick supaya anda dapat melabur dengan bijak dan berjaya.
Sekiranya anda tidak mengetahui di manakah tempat untuk pelajari semua ilmu ini dan bagaimanakah cara untuk menggunakannnya, anda boleh dapatkan latihan daripada guru saham yang berpengalaman melalui link ini.