3 Jenis Trend Dalam Scalping Forex Strategies

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Artikel ini akan membincangkan tentang scalping forex strategies yang boleh digunakan untuk berdagang dalam saham forex.

Dunia forex merupakan dunia yang sangat tidak menentu. Kadangkala nilainya meningkat tinggi dalam masa yang amat singkat, manakala nilainya juga boleh menurun dengan tiba-tiba hanya dalam tempoh sehari.

Oleh yang demikian, pelabur saham forex mempunyai beberapa sifat atau corak jual beli yang diikuti masing-masing, antaranya adalah scalping, intraday, swing, dan position. Keempat-empat jenis trader ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri, namun terdapat satu jenis trading yang amat popular dan digunakan oleh para-para pelabur saham forex yang dikenali sebagai scalping teknik.

Tetapi, adakah scalping forex satu teknik yang bagus dan dapatkah ia menjana keuntungan yang tinggi untuk anda sekiranya anda ingin menggunakan scalping teknik? Jangan risau, artikel ini akan menerangkan secara terperinci berkenaan scalping forex agar anda dapat mengambil keputusan yang paling sesuai dengan anda.

Apa itu Scalping Forex?

Scalping forex merupakan satu teknik pelaburan yang dikatakan sebagai pelaburan yang berisiko, namun ianya amat menguntungkan para pelabur saham forex yang memahami cara scalping forex strategies yang betul.

Scalping teknik didefinisikan sebagai pelabur saham yang melakukan urusan jual beli saham forex dalam masa yang singkat. Pada kebiasaanya, mereka akan hanya melakukan urusan jual beli saham dalam tempoh sejam atau dua jam sahaja.

Sebagai contoh, penggunaan scalping forex strategies yang biasa dilakukan adalah dengan melakukan entry pada jam 11 pagi dan menjual semula nilai saham mereka pada pukul 1 petang. Namun, adakah teknik ini sesuai digunakan oleh anda?

Secara jujurnya, kesemua jenis trading scalping forex strategies yang sudah dinyatakan di atas boleh dan sesuai digunakan oleh semua orang, cuma apa yang membezakan antara satu sama lain adalah tempoh mereka melakukan urusan jual beli saham. Tetapi, anda perlu memahami perkara asas berkenaan saham forex terlebih dahulu sebelum anda boleh melabur dengan bijak.

3 Jenis Trend Dalam Carta Forex

Sebelum kita memulakan aktiviti trading kita, anda perlu memahami tiga perkara asas ini iaitu uptrend (bullish), downtrend (bearish), dan sideways (trendless):

1. Uptrend (Bullish)

Anda sudah buka graf forex sebagai rujukan? Jika ya, anda boleh nampak bahawa terdapat sangat banyak nilai yang menaik dan menurun. Namun, cara yang betul untuk kenalpasti uptrend adalah melalui pemerhatian corak dalam jangka masa yang panjang.

Anda tidak akan dapat mengenalpasti semua corak ini sekiranya anda hanya lihat dalam masa seminit dua sahaja. Sekiranya anda lihat corak tersebut dalam skala yang lebih besar, anda akan nampak bahawa terdapat satu corak di mana nilai tersebut semakin meningkat. Sekiranya anda ada pengetahuan tentang scalping forex strategies, ini adalah masa yang sesuai untuk melakukan entry. 

2. Downtrend (Bearish)

Sekiranya corak uptrend sudahpun meningkat ke tahap yang tinggi dan kemudiannya nilai tersebut mula menunjukkan corak penurunan yang konsisten, maka corak ini dikenali sebagai downtrend.

Corak ini akan kelihatan apabila terdapat reversal point di mana nilai tersebut menurun sama ada secara mendadak ataupun berperingkat. Sekiranya ini terjadi, anda perlulah menjual nilai saham anda dengan segera setelah anda dapat mengenalpasti reversal point tersebut.

3. Sideways (Trendless)

Apabila anda lihat nilai saham berada di paras yang sama, maka ia dikenali sebagai corak sideways. Sekiranya anda merupakan seorang scalper, maka anda hanya perlu menunggu sehingga trend saham di graf forex bertukar ke arah uptrend sebelum anda ingin melakukan sebarang entry.

Perkara asas kedua yang anda perlu tahu ialah perbezaan antara Overbought dan Oversold. Overbought merujuk kepada keadaan di mana nilai sudah mengalami kenaikan dan mencapai tahap teratas dan mempunyai kecenderungan untuk menurun semula, manakala Oversold merujuk kepada nilai penurunan dan mencapai tahap terbawah dan berpeluang besar untuk naik semula.

Demikian merupakan perkara asas yang anda perlu kuasai untuk anda menggunakan scalping teknik sebagai cara anda melakukan trading. Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu scalping forex strategies yang mencukupi dan inginkan tunjuk ajar dari guru yang berpengalaman, anda boleh mendapatkan latihan berkenaan teknik trading melalui link ini.

Video Panduan & Sesi Live Trading

Anda akan dapat:
6 video panduan
2 kali sesi group coaching
1 sesi live trade bersama Team Mudahnya Saham